Thursday 5 July 2012

Usahawan Cilik : Hana Banana


Alhamdulillah syukur, Usahawan Cilik : Hana Banana sudah diulang cetak. Terima kasih kepada editor, illustrator, pencetak, jabatan marketing dan juga yang paling penting terima kasih kepada semua pembaca. Tanpa anda siapalah Alliyah Farha.



Sepanjang penyiasatan saya, Hana Banana bersama Apron Bunga-bunga masih lagi tiada di Popular Book seluruh Malaysia. Hanya terdapat di Popular Book di negeri jelapang padi sahaja.



Moga-moga sedikit masa lagi Hana Banana dan Apron bunga-bunga akan tersebar ke seluruh Malaysia.

Insya-Allah sedikit masa lagi, ada satu lagi tulisan Alliyah Farha. Mohon doa daripada kawan-kawan semua. :)

Wednesday 16 May 2012

Hana Banana

Alhamdulillah. Ini adalah buku ke dua tulisan Alliyah Farha. Buku pertama Alliyah Farha adalah Apron Bunga-Bunga. 

Hana Banana ini adalah kesinambungan daripada siri Usahawan Cilik. Antara siri buku Usahawan Cilik ialah Aisyah dan Roti Canai yang ditulis oleh Ahmad Din. Saya dapat tahu buku Aisyah dan Roti Canai itu sudah masuk cetakan yang ketiga dan turut dieksport ke Indonesia. Jika di Indonesia, ia dipanggil "Seri Teen Biz : Ratu Roti Cane"

Hana Banana ini pula menceritakan mengenai seorang remaja perempuan menjual pisang goreng berperisa coklat. Gulp! Saya pula yang telan air liur. hihihi.

Selamat membaca kawan-kawan. (^_^)v




Monday 2 April 2012

Apron Bunga-Bunga.

Facebook Alliyah Farha 

Alhamdulillah, apron bunga-bunga ini adalah buku pertama Alliyah Farha. Insya-Allah, sekiranya dikurniakan rezeki, Alliyah Farha akan menyambung buku ini sebanyak beberapa siri. Selamat membaca! (^_^)



Sumber gambar : klik sini